Pembukaaan Rancangan Tanah Belia bermula apabila satu usul yang diajukan
oleh Persatuan Belia 4B Daerah Kuala Langat ke pada pengetahuaan
Kerajaan Negeri Selangor. Tindakan tersebut mendapat persetujuan serta
diluluskan pada tahun 1970.
Pada tahun 1971, sebahagian belia telah ditemuduga untuk mengikuti latihan sebagai peneroka selama 3 bulan di Pusat Latihan Asas, Dusun Tua Hulu Langat dah hasilnya seramai 200 orang belia terpilih yang mana membawa pecahan 150 Belia Melayu, 25 Belia Cina dan 25 Belia India. Setelah tamat latihan (29 Disember 1972 hingga 14 April 1973) hanya seramai 150 Belia sahaja yang sanggup menjalani kehidupan baru sebagai peneroka.

2 Mei 1973 Belia yang sanggup telah dihantar ke kawasan hutan dihujung Kampung Bukit Changgang. Selama sebulan peserta Belia duduk berkhemah dan berulang alik menyeberangi Sungai Langat bagi menyiapkan 4 buah rumah panjang untuk dijadikan tempat berteduh dari panas dan hujan. Rumah panjang tersebut siap dibena pada 10 Julai 1973. Pada tarikh 15 Julai 1973 seramai 50 peserta Belia dipanggil untuk mencukupkan jumlah peserta belia seramai 200 orang, tapi hasilnya hanya 33 orang sahaja yang hadir. Para peserta diberi 5 ekar tanah untuk diusahakan dan segala peralatan seperti kapak, parang, cangkul, gergaji mesin dibekalkan oleh pihak Kerajaan.
Disepanjang 3 tahun hutan diteroka para peneroka diberikan bantuan makanan dari Persatuan Belia 4B Kuala Langat dengan dihidangkan nasi kawah beserta minuman sungai yang pada ketika itu masih belum tercemar seperti kini. Peneroka juga diberikan saguhati sebanyak RM50 semasa Hari Raya Puasa. Itulah kegembiraan yang dirasai oleh peserta disepanjang menjadi peneroka pertama.
Pada tahun 1974, demi menguatkan semangat peneroka, Persatuan Belia dan Beliawanis menganjurkan Program Khemah Kerja selama 3 hari 3 malam. Pada bulan Mac tahun yang sama, YB Menteri Besar Selangor Dato' Hj Harun bin Idris telah membuat lawatan serta memberi peruntukan bagi peralatan sukan untuk warga peneroka. Tanggal 14 April tahun yang sama juga satu Lawatan oleh Rombongan Sultan Selangor ke Rancangan Tanah Belia.
Terjadi satu tragedy yang tidak dapat dilupakan yang mana pada Hari Raya yang ke 15, jam 10 malam sebuah perahu yang menjadi pengangkutan rasmi telah terbalik dan mengorbankan 2 orang peserta peneroka.
Berhubung dengan kejadian tersebut pihak Pejabat Daerah telah membekalkan sebuah televisyen dan sebuah grnerator untuk hiburan para peneroka. Tujuannya adalah supaya para peneroka tidak lagi keluar mencari hiburan dan sebagainya.
Pada tahun 1975 tindakan tatatertib telah diambil kepada 2 orang peserta dan telah diberhentikan penyertaannya. Terdapat seorang peserta yang meninggal dunia akibat sakit tenat manakala 2 orang peserta menarik diri dari program tersebut dan telah menjadikan jumlah peneroka seramai 176 orang peserta.
Pertengahan bulan Ogos 1976, pembahagaian tanah telah dibuat dengan cara cabutan undi. Pembahagian tanah tersebut di buat oleh Penolong Pegawai Daerah Encik Mohammad Noor bin Badur. Dalam keadaan hidup yang serba kekurangan, amat terharu dihati peserta apabila diumumkan bahawa Rancangan Tanah Belia 90% gagal. Namun ibarat pepetah "walaupun patah sayap bertongkat paruh" namun dihati para peserta tetap menyambut cabaran untuk masa hadapan.
Pada awal tahun 1981, tapak perumahan ditebang dan pengundian tapak rumah dijalankan pada tahun 1982. Tapak yang seluas 100 x 220 kaki setiap seorang peserta didirikan rumah untuk berteduh dan akhirnya bilangan pembangunan rumah bertambah dari masa ke semasa.
Bagi memudahkan bantuan Kerajaan disalurkan, Organisasi ditubuhkan sama ada dalam bentuk politik dan juga kemasyarakatan.

Titanium Rainbow Quartz
ReplyDeleteIron and gold citizen promaster titanium from the Triton Casino have been enriched with teneal, platinum and pendant benjamin moore titanium crystals. titanium sheets This titanium pots and pans is ion titanium on brassy hair why its popularity was